JOHOR BAHRU, 12 Mac - Sebanyak 1,021 pusat mengundi melibatkan 4,638 saluran bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Dewan Negeri Johor, dibuka pukul 8.00 pagi ini.
Ia bagi membolehkan lebih 2.5 juta pengundi yang layak menunaikan tanggungjawab memilih Kerajaan Negeri yang baharu.
Kebanyakan pusat pengundian dibuka hingga pukul 6 petang.
Namun, di sesetengah tempat proses pengundian dijangka berakhir lebih awal antara pukul 2.00 hingga 4.00 petang.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataannya menasihatkan pengundi keluar mengundi mengikut masa yang digalakkan seperti yang tercatat dalam aplikasi MySPR Semak.