fb fb fb fb fb

Program baik pulih rumah, rakyat miskin bandar dapat manfaat

(Reezal Merican menyerahkan surat kelulusan Program Baik Pulih Rumah di Bandar di Johor Bahru, hari ini)

JOHOR BAHRU, 9 Mac - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan hampir RM1 juta bagi kerja baik pulih rumah di kawasan bandar di Johor, tahun ini.

Peruntukan menerusi Program Baik Pulih Rumah di Bandar, adalah yang tertinggi diberikan sejak program bermula pada 2016 di negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata sejak 2016 hingga kini, sebanyak 212 unit rumah bagi Ketua Isi Rumah miskin bandar telah dibaik pulih menerusi Rancangan Malaysia Ke-11.

"Tentu sekali, Johor penting kepada agenda pemerkasaan luar bandar dan kepada KPKT. Majlis pada hari ini merupakan manifestasi, kesungguhan yang ingin diteruskan kementerian, kita bantu seluruh rakyat Johor bangsa Johor," katanya.

(Reezal Merican)

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat kelulusan Program Baik Pulih Rumah di Bandar kepada 62 penghuni B40 daripada 15 Pihak Berkuasa Tempatan Johor.

Program turut menyaksikan jumlah penerima bantuan tahun ini meningkat, berbanding 29 pada tahun lalu.

Media Baharu