fb fb fb fb fb

PRN Sabah : Pintasan hadapi pertembungan 11 penjuru

Senarai calon yang bertanding/FB RTM SABAH

KOTA KINABALU, 15 November - Kerusi DUN Pintasan menyaksikan pertembungan 11 penjuru dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.

Presiden Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menentang penyandang kerusi DUN Pintasan, Datuk Fairuz Renddan yang bertanding BEBAS, selepas tidak dicalonkan.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya, turut bertanding di DUN Pintasan termasuk calon WARISAN, Abdullah Otong, calon Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Raplin Samat, calon Barisan Nasional (BN) Tadzul Radim.

Calon yang lain ialah Datuk Almudin Kaida dari Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Lomog Rudin@Efejus Rudin dari Parti Impian Sabah dan Awang Saleh Makmud dari Perikatan Nasional.

Tiga lagi calon BEBAS Syarif Mohd Shukree Danchingan, Tajuddin Padis dan Mohd Rizal Saiman.

SITI AISHA MELISA YUHANIZ