KOTA KINABALU, 15 November - Seramai 13 calon bertanding bagi kerusi DUN Inanam dalam pilihan raya Negeri Sabah ke-17.
Penyandang kerusi, Peto Galim dari PKR, yang memenangi kerusi berkenaan pada 2020 akan dicabar oleh dua bekas ADUN Inanam, iaitu Kenny Chua dari Parti Solidariti Tanah Airku (PST) dan Dr Roland Chia, calon bebas.
Calon lain yang turut bertanding termasuk naib presiden Upko Wong Thien Fook, Edna Jessica Majimbun (Warisan), Lewis Wong (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat), Paul Anap (Parti Impian Sabah), Joseph Linggian (Parti Kerjasama Anak Negeri), Sumali Marino Ahmad (Parti Rumpun Sabah), Gordon Lai (Parti Bumi Kenyalang), Martin Sibit (Parti Gemilang Anak Sabah), Chia Yun Kong (Perjuangan Rakyat) serta Shone Eric Jr Majimbun (Bebas).
Pada Pilihan raya yang lepas, Peto Galim yang mewakili Pakatan Harapan meraih kemenangan besar selepas memenangi 8,586 undi menewaskan 9 calon lain.