fb fb fb fb fb

Pengerusi PN Sabah berdepan pertembungan tujuh penjuru di DUN Sugut

Pengumuman rasmi calon N48 Sugut

SUGUT, 15 November - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee bakal berdepan saingan tujuh penjuru bagi kerusi Dewan Undangan (DUN) N.48 Sugut pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.

Pertandingan itu membabitkan Rosely Lajun (PIS), Roger Langgau (Bebas), Aspah Abdullah Sani (Warisan), Hassan Mentiak (PPRS), Mohammad Arifin Pachuk (BN–UMNO), serta Datuk James Ratib (GRS–Gagasan Rakyat).

Pada pilihan raya 2020, kerusi berkenaan dimenangi Datuk James Ratib yang ketika itu mewakili BN–UMNO dengan majoriti 1,664 undi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE