fb fb fb fb fb

Ewon Benedick berdepan persaingan enam penjuru di DUN Kadamaian

FOTO FB Ewon Benedick Official Media

KOTA KINABALU, 15 November - Bekas Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Ewon Benedick dari UPKO berdepan persaingan sengit enam penjuru bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17.

Pertandingan di kerusi N.11 itu turut menyaksikan calon Parti Warisan Sabah, Norman Simon; Judin Tingih (Parti Bangsa Malaysia, PBM); Daibi Mandadi (Parti Impian Sabah, PIS); dan James Muyou (Parti Gabungan Rakyat Sabah, GRS) bertanding.

Selain itu, Davylandon Rubbin (Parti Solidariti Tanah Airku, STAR Sabah); Josely Taising (Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat, KDM) serta Priskila Akwila (Parti Kerjasama Anak Negeri, ANAK Negeri) juga bersaing di kerusi sama.

Sebanyak 26,240 pemilih berdaftar dijangka menunaikan tanggungjawab mereka di kawasan DUN Kadamaian, yang dijangka menjadi antara kerusi panas pada pilihan raya kali ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE