fb fb fb fb fb

14 calon bertanding di N.44 Tulid

Rufinah Pengeran, calon PH–PKR bersama Fadhlina Sidek yang turut padang memberi sokongan

KENINGAU, 15 November - Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.44 Tulid menyaksikan saingan paling besar kali ini apabila 14 calon disahkan bertanding, dengan jumlah pemilih berdaftar seramai 16,551 orang.

Pertandingan tersebut melibatkan gabungan calon parti-parti utama, parti tempatan Sabah serta calon Bebas.

Senarai calon yang bertanding ialah Suman @ Sunsunah Yasambun; Clarence Carter Maraat; Edwin Laimin; Jordan Jude Ellron; Engah Sintan @ Dahlan Abdullah dan Lautis @ Laulis Anggang semuanya atas tiket Bebas.

Turut bertanding Rufinah Pengeran (PH–PKR); Vinson Rusikan (PKS); Aisat @ Ellik Igau @ Iggau (KDM); Datuk Baritus Gungkit (STAR Sabah); Lucia Kihing (Warisan); Jufina Dimis @ Hasnizah Abdullah (Rumpun); Anchis @ Rayner Francis Udog @ Udong (PIS); serta Mohd Khairil Abdullah (UPKO).

Pada pilihan raya negeri 2020, kerusi berkenaan dimenangi Flovia Ng daripada PN-STAR dengan majoriti 544 undi.

Kerusi Tulid turut menjadi antara kawasan yang mencatatkan jumlah calon tertinggi dalam saingan kali ini.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE