fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: UMNO atur strategi tawan hati pengundi muda

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid

NIBONG TEBAL, 2 Julai-Anak muda di Sungai Bakap diyakini lebih bijak memilih calon.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya pengundi muda akan memberi peluang kepada calon PH, Dr Joohari Ariffin menjadi wakil rakyat bagi kawasan itu.

Ini kerana katanya UMNO mempunyai strategi dalam menarik hati golongan tersebut.

Katanya, Umno mempunyai lebih 5000 ahli bagi kawasan itu.

"Untuk anak-anak muda telah ada program-program tertentu yang telah kita laksanakan. Mereka mungkin mempunyai sentimen sebaliknya. Tetapi melalui pendekatan dan kaedah terbaik yang sesuai dengan citarasa mereka, saya fikir akhirnya pada hari pengundian mereka akan mengundi Dr Joohari sebagai calon daripada Kerajaan Perpaduan insya-Allah", katanya yang ditemui selepas merasmikan majlis Pra Pelancaran PraTahfiz KEMAS negeri di Perda Tech, di sini.

Terdahulu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sempat menyantuni penduduk Kampung Besar, Nibong Tebal dengan menunaikan solat maghrib bersama-sama.

Lebih 300 penduduk kampung turut hadir termasuk Setiausaha Agung UMNO Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki serta jentera parti kerajaan.

Sejurus selepas menunaikan solat Maghrib, beliau dimaklumkan mengenai keuzuran pengerusi masjid tersebut iaitu Mohammad Fauzi Ibrahim oleh kariah masjid.

Prihatan atas nasib yang menimpa Mohammad Fauzi, Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa bertanya khabar bekas pesara polis  itu hampir 1 jam menerusi ziarah kasih itu.

Mohammad  berkerusi roda kerana penyakit kencing manis nyata terkejut dan bersyukur dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri ke kediamannya di Kampung Baru Sungai Buaya di sini.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD