fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Polis buka dua kertas siasatan

POLIS DIRAJA MALAYSIA

NIBONG TEBAL, 3 Julai-  Polis Pulau Pinang membuka dua kertas siasatan sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.

Ketua Polis negeri, Datuk Hamzah Ahmad berkata, ia melibatkan kesalahan merosakkan bahan-bahan kempen parti pada 27 Jun lalu dan kesalahan mengedarkan risalah melanggar undang-undang pada 2 Julai.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya AKPR 1954.

Setakat ini tidak ada sebarang laporan melibatkan isu 3R (raja, agama, dan kaum).

"Tempoh berkempen berbaki tiga hari menjelang hari mengundi, Sabtu ini. Semua pihak dinasihatkan agar tidak menimbulkan provokasi kepada mana-mana pihak semasa berkempen termasuk khianat atau merosakkan bahan kempen," katanya dalam kenyataan.

Mengulas mengenai permit, Hamzah berkata, pihak polis telah meluluskan 15 permit pada hari ke-12 tempoh kempen menjadikan jumlah keseluruhan adalah 135 permit.

SITI AISHAH MD ISA