fb fb fb fb fb

Lebih 500 petugas untuk kelancaran PRK Sungai Bakap

Mohd Fuad Shuid

SUNGAI BAKAP, 3 Julai- Seramai 552 petugas telah dilantik bagi melancarkan proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada Sabtu ini.

Timbalan Pengarah (Operasi) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang, Mohd Fuad Shuid berkata, seramai 80 hingga 90 pegawai SPR juga akan ditugaskan di sembilan buah pusat mengundi.

"Pelantikan telah dibuat, kita tunggu 6 Julai (Sabtu). SPR akan gerakkan 80 hingga 90 (pegawai). Mereka akan bantu ketua pusat mengundi. Insya-Allah, semuanya akan berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikan selepas ditemubual pemberita dalam program 'Sana Sini Sungai Bakap' di Konti Mini MutiaraFM dekat Kompleks Rakan Muda Jawi, di sini hari ini.

SITI AISHAH MD ISA