fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Limpahan ekonomi KIGIP bakal manfaatkan penduduk setempat

Calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin /Foto RTM

SUNGAI BAKAP, 2 Julai -Calon Kerajaan Perpaduan, Dr Joohari Ariffin menyambut baik kenyataan Perdana Menteri berhubung Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) yang bakal menjadi antara hab penting di utara tanahair.

Kewujudannya kelak dilihat bakal membuka banyak peluang pekerjaan selain tumpuan industri dalam pelbagai bidang. 

Perancangan pembangunannya sedang dilaksanakan secara pendekatan Keseluruhan Kerajaan menerusi kerjasama dan sinergi antara kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri Perak serta SD Guthrie Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB).

"Ia merupakan suatu perancangan yang cukup baik, sebab limpahan ekonomi yang disebabkan oleh KIGIP akan melimpah sehingga ke Seberang Perai Selatan.

"Apabila Kerian dimajukan ia akan melimpah termasuklah di DUN Sungai Bakap iaitu peluang pekerjaan yang banyak di kawasan berkenaan.Sudah tentu ia memberi faedah kepada masyarakat", katanya di sini.

KIGIP adalah satu projek taman perindustrian yang akan dijana oleh tenaga solar sebagai sumber tenaga hijau utama dengan fasa pertama melibatkan pembangunan tanah berkeluasan 404.69 hektar. 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD