fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Parti komponen Kerajaan Perpaduan semakin serasi

FOTO FAIL BERNAMA

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Parti komponen Kerajaan Perpaduan dilihat semakin serasi dan berkesan terutama dalam mengatur strategi sempena PRK Sungai Bakap.

Ia sekali gus berjaya membentuk pasukan yang berwibawa dan berwawasan demi merealisasi membina negara yang lebih baik, kata Naib Pengerusi DAP, Nga Kor Ming.

"Selepas kemenangan di Kuala Kubu Baharu, kita lihat parti komponen Kerajaan Perpaduan ada persefahaman dan ini petanda positif.

"Penting untuk kita kekalkan momentum ini supaya PH dan BN dapat membentuk pasukan yang berwibawa dan berwawasan untuk bina satu Malaysia yang lebih baik,"katanya.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE