fb fb fb fb fb

Komitmen Pulau Pinang selesaikan isu air untuk rakyatnya wajar diberi pujian

Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ditemui selepas menyertai ceramah perpaduan di Sungai Bakap, Pulau Pinang

SUNGAI BAKAP, 2 Julai- Komitmen Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow dalam menyelesaikan isu air harus diberi pujian.

Malah kerajaan negeri juga dilihat tidak lepas tangan dan terus melaksanakan beberapa langkah penyelesaian bagi menangani isu tersebut.

Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) DUN Sungai Bakap,  Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, sebagai langkah ke depan, pelaksanaan projek penyaluran air mentah dari Sungai Perak sedang dilaksanakan bagi penyaluran air terawat ke Pulau Pinang.

"Beliau menyebut usaha-usaha mendapatkn air, sumber air dari negeri Perak bagaimana proses perbincangan yang dibuat begitu lama dan akhirnya kita mencapai kata sepakat dan perbincangan bagaimana air terawat yang akan diberikan dari Perak,"katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai ceramah perpaduan di Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Mengenai potensi PRK Sungai Bakap, Datuk Sri Dr Zambry berkeyakinan calon dari Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin mempunyai peluang yang cerah bagi memenangi kerusi DUN tersebut.

Ini terbukti apabila PH hanya mengunakan pendekatan mendekati pengundi secara sihat tanpa menyerang pihak lawan selain turut optimis, momentum gelombang PH kian meningkat dari semasa ke semasa

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE