fb fb fb fb fb

Banyak cabaran urus air di P. Pinang

Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow/ Facebook Chow Kon Yeow

SUNGAI BAKAP, 2 Julai- Banyak cabaran perlu dilalui bagi menguruskan air di Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow, bagaimanapun berkata akan terus berusaha bagi memastikan masalah air dapat diatasi demi kesejahteraan rakyat.

"Memang ada banyak cabaran menguruskan air di negeri Pulau Pinang sebab ini masalah legasi yang diturunkan sebelum ini dan tanggungjawab saya adalah untuk memastikan sistem penyampaian air ini dapat kita uruskan dengan sebaiknya", katanya semasa berucap pada Ceramah Perpaduan Demi Sungai Bakap di Taman Seruling Emas.

Tambahnya, kerajaan negeri tidak akan lepas tangan apabila sudah melaksanakan beberapa projek kecemasan termasuk di Sungai Bakap.

Beliau turut optimis, masalah tersebut akan berjaya diatasi apabila Projek Air Perak dan Pulau Pinang dilaksanakan sepenuhnya kelak.

Turut hadir, Menteri Sumber Manusia merangkap Naib Pengerusi Kebangsan Parti Tindakan Demokratik, Steven Sim Chee Keong, Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Diraja Dr Zambry Abdul Kadir dan Timbalan Menteri Perpaduan merangkap Naib Presiden Keadilan, K. Saraswathy.

ROSLINA BINTI DIN