fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap: Joohari akan guna pengalaman sebagai pendidik

Foto BERNAMA

NIBONG TEBAL, 13 Jun- Meskipun hanya berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik, ia bukan penghalang bagi Dr Joohari Ariffin menjadi calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap.

Sebagai anak jati kawasan itu, beliau yakin mendapat sokongan penuh pengundi.

Bekas Pengarah Institut Aminuddin Baki Cawangan Utara itu berjanji akan memikul amanah yang diberikan sebaik mungkin sekiranya mendapat mandat daripada rakyat nanti.

"Kita kena yakin, tetapi saya percaya bahawa kepimpinan ini dia bukan boleh berdiri sendiri, ia juga mesti bergantung kepada pengikut dan kepimpinan serta kepengikutan itu mesti serentak.

"Jadi untuk memastikan saya berjaya.. pengikut kena berikan sokongan yang cukup padu dan satu lagi pastikan pengikut-pengikut ini diberikan motivasi,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM