NIBONG TEBAL, 12 Jun - Dr. Joohari Ariffin daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) diumum sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Pengumuman tersebut dibuat Timbalan Presiden PKR, merangkap Pengarah Pilihan Raya PKR, Rafizi Ramli, di Simpang Ampat, Pulau Pinang sebentar tadi.
Dr. Johari 60 tahun, bekas Pengarah Institut Aminudin Baki (IAB) Cawangan Utara merupakan anak tempatan Sungai Bakap.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi dan 22 Jun hari penamaan calon manakala pengundian awal ditetapkan 2 Julai.
PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu akibat keradangan dalam perut.