fb fb fb fb fb

PRK Sungai Bakap diadakan 6 Julai - SPR

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon pula pada 22 Jun ini.

PUTRAJAYA, 6 Jun- Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap pada 6 Julai depan.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr. Azmi Sharom berkata tarikh penamaan calon pula pada 22 Jun ini, manakala undi awal ditetapkan pada 2 Julai depan.

"SPR telah mengadakan mesyuarat khas pada hari ini, dan memutuskan satu PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap Pulau Pinang, hendaklah diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi tersebut.

"Urusan permohonan semua kategori dalam negara dan luar negara bagi PRK Sungai Bakap dibuka bermula dari hari ini, 6 Jun 2024, hari Khamis.

"Sejumlah 39,279 pemilih terlibat dengan peruntukan kos kira-kira sebanyak RM2.1 juta," katanya menerusi sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas PRK berkenaan di sini.

Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap, Nor Zamri Latiff meninggal dunia selepas lebih tiga minggu menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya.

Artikel Berkaitan:
SPR adakan mesyuarat khas 6 Jun ini bincang tarikh PRK Sungai Bakap
ADUN Sungai Bakap meninggal dunia

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM