fb fb fb fb fb

PRK Pelangai: UMNO mesti diperkasa untuk kembali dominan

(FOTO BERNAMA)

BENTONG, 28 September- UMNO terus menggerakkan jentera di PRK Pelangai bagi memastikan momentum kemenangan kekal menjadi milik mereka.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ia juga bagi memperkasa parti itu untuk kembali dominan dalam PRU16, nanti.

Menurut beliau, dalam memastikan kemenangan itu, jentera diingatkan tidak terlalu selesa selepas memperoleh kerusi di Johor, baru-baru ini.

"Kita jangan berasa selesa walaupun menang di Pulai menang di Simpang Jeram kerana apa yang saya sebut tadi kita memperkasa parti, setiap PRK ini medan tempur kecil-kecilan, setiap medan tempur kita mesti menang kerana peperangan sebenar pilihanraya umum ke-16 nanti.

"Jadi kalau kita menang setiap medan tempur kita boleh mengundurkan musuh, satu perkara sepatutnya kita lakukan," kata Datuk Seri Mohamad Hasan.

Tambah beliau yang juga Menteri Pertahanan, kemenangan itu membuktikan rakyat masih memilih parti tersebut dalam menerajui pentadbiran negara.

Justeru, pengundi diingatkan membuat keputusan tepat dalam memilih wakil rakyat sealiran kerajaan sedia ada.

Beliau berkata demikian pada Sembang Santai PRK Pelangai di Bilik Gerakan PDM Felda Chemomoi, Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pahang merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia, Datuk Md Alwi Che Mad.

Beliau dalam pada itu berkata, momentum gerak kerja kempen semakin baik dan memberi bayangan positif kepada calon BN, Datuk Amizar Abu Adam.

11
(Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan)

Media Baharu