fb fb fb fb fb

PRK Pelangai: "Terima kasih kerana terus beri kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan" - PM

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

KUALA LUMPUR, 8 Oktober- Kemenangan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.36 Pelangai telah meniup semangat kepada Kerajaan Perpaduan untuk terus merancakkan agenda pembangunan negara demi kesejahteraan rakyat berlandaskan kerangka Ekonomi Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kemenangan itu juga menjadi kesinambungan kecemerlangan PH-BN di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram, sebelum ini.

"Kejayaan tersebut juga hasil kesepaduan kerjasama rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan yang berjaya mendobrak (memecahkan) naratif fitnah dan perkauman sempit," kata Anwar dalam Facebooknya.

Pada hantaran sama, beliau turut mengucapkan tahniah kepada calon BN atas kemenangan semalam.

"Alhamdulillah, tahniah kepada Datuk Amizar Abu Adam yang memenangi PRK Pelangai.

"Terima kasih saya ucapkan kepada para pengundi yang terus memberi kepercayaan kepada Kerajaan Perpaduan.

"Sekalung penghargaan juga kepada barisan jentera yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan ini," katanya lagi.

rtm
(Anwar Ibrahim dan Amizar Abu Adam)

Media Baharu