fb fb fb fb fb

PRK Nenggiri: 'Itu surat layang, tidak ada kebenaran' - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi

KOTA TINGGI, 25 Julai- Barisan Nasional (BN) mengalu-alukan semua pihak dalam Kerajaan Perpaduan membantu kempen calon UMNO yang bertanding pada pilihan raya itu.

Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pihaknya tidak menghalang mana-mana individu untuk tampil atas pentas ceramah seperti dakwaan tular di media sosial.

Beliau yang juga Presiden UMNO menyifatkan dakwaan itu hanyalah sekadar surat layang.

"Surat itu surat palsu, bermakna surat layang. Tidak ada kebenaran pun.

"Setakat ini kita alu-alukan semua pihak yang boleh memenangkan calon BN di Nenggiri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan perutusan di Pemukiman Program Utama Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) di Desaru Convention Centre di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, pengumuman awal calon BN pada PRK Nenggiri memberi kelebihan kepada calon untuk menyantuni pengundi di kawasan tersebut.

Menurutnya, BN telah merangka koordinasi pergerakan calon ke semua 20 Pusat Daerah Mengundi (PDM) di termasuk lima kawasan Orang Asli.

Pada 7 Julai lepas, UMNO Kelantan mengumumkan Ketua Pemudanya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani dipilih sebagai calon PRK DUN Nenggiri, bulan depan.

SITI AISHAH MD ISA