fb fb fb fb fb

PRK Mahkota: Calon santuni pengundi dari pagi hingga malam

TIKTOK @imhussien

KLUANG, 17 September- Memasuki hari keempat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota, calon-calon yang bertanding giat menyantuni para pengundi dari awal pagi hingga malam.

Selain berkempen secara fizikal, aktiviti di media sosial turut menjadi tumpuan. Setiap calon memuat naik rangkuman video kempen hari sebelumnya dan berkongsi jadual pergerakan harian.

Calon Barisan Nasional (BN), Syed Hussien Syed Abdullah aktif di platform TikTok beliau memaparkan interaksinya dengan pengundi di taman permainan dan restoran makanan Cina.

Hari ini, beliau dijadualkan bertemu dengan usahawan muda dan pengundi India dengan sokongan daripada pergerakan Wanita UMNO.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Mohamad Haizan Jaafar turut memeriahkan TikTok beliau dengan video lawatannya ke beberapa lokasi serta jadual kempen hari ini termasuk program sembang santai.

SITI AISHAH MD ISA