KUALA KUBU BAHARU, 30 April-Pengundi diingatkan agar tidak mengikut emosi ketika mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.
Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata mengambil contoh wakil rakyat terdahulu yang tetap melaksanakan tanggungjawab secara berhemah.
Beliau turut menasihatkan pengundi agar tidak terpedaya dengan provokasi atau dakyah yang dimainkan pembangkang sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.
"Bagi saya yang penting pengundi di Kuala Kubu Baharu kena pilih wakil rakyat yang akan ada untuk membantu mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai wakil rakyat...apabila memilih wakil rakyat daripada blok kerajaan lebih mudah untuk masyarakat di sini.
"Jadi saya minta mereka jangan mudah beremosilah, undi untuk kesejahteraan mereka," katanya kepada pemberita di sini.