fb fb fb fb fb

Sokongan BN terhadap calon PH, cerminkan kematangan politik

Anthony Loke dalam sidang media selepas menyertai kempen PRK Dewan Negeri N06 Kuala Kubu Baharu

KUALA KUBU BAHARU, 1 Mei - Sokongan Barisan Nasional (BN) terhadap calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu membuktikan kematangan berpolitik dalam kalangan parti komponen Kerajaan Perpaduan.

Ini dibuktikan melalui kehadiran pemimpin pusat yang sentiasa memberi sokongan kepada calon sepanjang kempen berlangsung.

Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berkata, kerjasama itu juga menjadi kekuatan kerajaan menerusi semangat perpaduan dalam kepelbagaian.

" Perkara ini dibuktikan meskipun calon merupakan bangsa Cina, tetapi parti komponen tetap memberi sokongan padu, Ini semangat yang kita harapkan dan telah berlangsung dalam arena politik negara setelah sekian lama," katanya dalam sidang media selepas menyertai kempen PRK Dewan Negeri N06 Kuala Kubu Baharu.

"Kerjasama ini membuktikan nilai kekuatan kerajaan perpaduan iaitu kepelbagaian dalam kepelbagaian. Ini lah kekuatan yang kita nak tampilkan," tambahnya.

Sementara itu, Anthony memaklumkan usaha memperbaiki kemudahan pengangkutan awam di Kuala Kubu Baharu menjadi antara perkara yang diberi perhatian.

Ini termasuk menambah bilangan bas awam yang menjadi pengantara pengguna dengan stesen komuter di kawasan itu.

"Kita dalam proses memperbanyakkan bas di semua kawasan tumpuan kita, keadah banyakkan bas awam. Di Kuala Kubu Baharu ada bandar baru, kampung dan tamab perumahan. Kita lihat ada kepeluan bas dan disambung dengan KTM. Di sini satu stesen KTM. Kita harap pengantaraan intervariasi pengakutan awam dapat diperbaiki dan kita akan berikan perhatian," katanya. 

TETITIA YUSOFF