fb fb fb fb fb

PRK KKB: JBPM jalankan pemeriksaan di 18 lokasi pusat mengundi dan penjumlahan undi

Pemeriksaan bertujuan bertujuan memastikan proses pengundian dan penjumlahan undi berlangsung tanpa sebarang masalah atau insiden yang tidak diingini

KUALA KUBU BAHARU, 10 Mei- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengatur gerak memulakan kerja-kerja pemeriksaan di 18 lokasi pusat mengundi dan penjumlahan undi di Kuala Kubu Baharu ketika ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Baharu, Alfian Mashuti berkata,  ia bertujuan memastikan proses pengundian dan penjumlahan undi berlangsung tanpa sebarang masalah atau insiden yang tidak diingini.

Beliau berkata, antara perkara yang dititik berat adalah daripada segi akses, laluan ke tempat mengundi dan penjumlahan undi.

"Apa yg kita lakukan hari ini adalah untuk memastikan, peralatan atau perkakasan kebakaran berada dalam keadaan baik, jalan keluar tidak terhalang semasa proses mengundi.

"Kita juga lihat aspek keselamatan di kawasan ini, semua berada dalam keadaan baik,"katanya.

Menurut Alfian, JBPM pada masa sama sentiasa berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi segala kemungkinan.

Seramai 50 pegawai dan anggota bomba turut bersiap sedia dalam menghadapi sebarang situasi luar jangka.

Antara balai bomba terlibat selain dari Kuala Kubu Baharu ialah Balai Bomba Bukit Sentosa Hulu Selangor dan Balai Bomba Tanjung Malim.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE