fb fb fb fb fb

Pilihan raya KKB: PDRM luluskan 185 permit ceramah, kempen

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan Ahmad Faizal Tahrim

HULU SELANGOR, 10 Mei- Sejumlah 185 permit ceramah serta kempen untuk parti politik yang bertanding sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu telah mendapat kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), setakat semalam.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superitendan Ahmad Faizal Tahrim berkata, pihaknya juga menerima 11 laporan polis sepanjang tempoh berkempen.

"Namun begitu, laporan polis yang kita terima dan kertas siasatan, satu kes yang kecil dan boleh ditangani dan tidak menggugat ketenteramaan awam. Lebih kepada kesalahan akta pilihanraya seperti elemen diraja, hasutan dan sebagainya terhadap parti politik pada masa itu", katanya selepas menjadi tetamu di konti mini Selangor fm di Kuala Kubu Baharu.

Ahmad Faizal turut memberitahu, seramai 972 anggota dan pegawai polis bersiap sedia menghadapi proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu esok.

Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu yang akan berlangsung 11 Mei (Sabtu) menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH), Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan calon Bebas.

ROSLINA BINTI DIN