fb fb fb fb fb

PRK KKB, 10 laporan diterima polis Selangor

Foto Fail

SHAH ALAM, 10 Mei- 10 laporan berhubung kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu diterima polis Selangor.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata lima kertas siasatan dengan dua individu ditangkap dan sudah didakwa di mahkamah.

"Saya telah meletakkan seramai 1,133 pegawai dan anggota di lapangan dan siap siaga di tempat-tempat tertentu."

"Ia untuk memastikan keselamatan dan keamanan terus berkekalan terutama di kawasan Kuala Kubu Baharu menjelang hari pengundian dan sebagainya," kata Datuk Hussein kepada pemberita pada Sidang Media Kejayaan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kontinjen Selangor di Ibu Pejabat Polis Selangor.

Datuk Hussein mengingatkan semua pihak untuk tidak menyentuh isu berkenaan 3R iaitu agama, kaum dan institusi raja yang boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman awam.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM