fb fb fb fb fb

'Poster Boy' kekal Pak Long Mail

(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/BERNAMA)

BERA, 5 November- Wajah calon Perdana Menteri untuk Barisan Nasional (BN) bagi 'Poster Boy' atau wajah poster masih lagi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Setakat ini tidak ada keputusan daripada majlis tertinggi saya adalah 'poster boy' ataupun calon Perdana Menteri.

"Enam bahagian daripada 190 cadangkan saya sebagai perdana menteri. Tidak ada mesyuarat yang memutuskan sebaliknya apa yang diputuskan masih kekal,"katanya.

Ketika ditanya mengenai pembangunan di Bera, beliau yang merupakan calon BN bagi parlimen itu berkata, beliau mahu memajukan Bera dengan infrastruktur lengkap di kampung-kampung terpencil.

Selain itu, beliau juga mahu pendapatan penduduk luar bandar dipertingkatkan.


(Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditemubual RTM)

Media Baharu