(Ismail Sabri ditemui pemberita di Bera)
BERA, 5 November- Proses pengguguran calon dan pencalonan muka baharu adalah perkara biasa saat tiba pilihan raya.
Perkara itu dinyatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, calon yang digugurkan tidak wajar menyalahkan sesiapa kerana ia adalah perkara biasa.
Namun katanya, apa yang penting mereka selepas itu akan kembali menyokong BN kerana perjuangan parti itu.
Beliau turut menegaskan, "sesiapa yang bertanding mestilah mempunyai tujuan sama, bagi memastikan BN menang. Apa yang penting bukanlah individu tetapi parti."
Katanya, mereka perlu memegang prinsip itu supaya perjuangan mereka kepada parti kekal utuh.
"Sebab itulah saya berterima kasih kepada nama rakan-rakan gugur sebagai calon pada kali ini. Saya juga kecewa dan sedih dengan apa yang berlaku."
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas proses penamaan calon (PPC) di Dewan Konvensyen Majlis Daerah Bera, Pahang.
(Calon bertanding untuk parlimen Bera di Dewan Konvensyen Daerah Bera, Pahang)