fb fb fb fb fb

PN tawar parti lain berkerjasama bagi bentuk kerajaan lebih stabil

 (Tan Sri Muhyiddin berkata demikian dalam sidang media khas PRU15)

KUALA LUMPUR, 20 November- Perikatan Nasional menawarkan mana-mana parti berkerjasama untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang lebih stabil secepat mungkin.

Menurut Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin pihaknya sedia berkerjasama dengan mana-mana parti yang memenuhi prinsip perjuangan PN.

"Saya akan berbincang dengan pimpinan parti-parti di Sabah dan Sarawak dalam masa yang terdekat

Demi menjamin kestabilan Perikatan Nasional juga mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti yang bersedia menerima prinsip perjuangan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan yang prihatin bersih, stabil dan harmoni," kata Muhyiddin dalam sidang media khas PRU15 menerusi facebook di sini.

Tan Sri Muhyiddin Yassin menzahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan serta komitmen yang ditunjukkan

Beliau menyifatkan kejayaan diluar jangkaan terutamanya sambutan daripada golongan muda adalah satu isyarat gelombang yang mahukan perubahan.

Beliau juga menyatakan telah menerima surat dari pihak Istana Negara namun enggan memperincikan kandungannya.

Sebaliknya, beliau menyatakan "PN perlu menyempurnakan apa yang dikehendaki Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah".


(PN tawar parti lain berkerjasama bagi bentuk kerajaan lebih stabil)

Laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat 5.00 pagi melaporkan Perikatan Nasional, (PN) memenangi 51-kerusi daripada jumlah keseluruhan 220 kerusi dipertandingkan.

PAS dan Barisan Nasional (BN) pula masing-masing mendapat 22 dan 30 kerusi manakala Pakatan Harapan, (PH) memperoleh 76-kerusi.

Sementara itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) memenangi 22 kerusi, DAP pula memperoleh lima kerusi.

Di Sabah, Gabungan Rakyat Sabah, (GRS) mendapat enam kerusi, diikuti Warisan dengan tiga kerusi. Calon Bebas, dua kerusi. Muda dan PBM pula masing-masing satu kerusi.

Setakat berita ini dikeluarkan belum ada parti atau gabungan parti meraih majoriti mudah.

Media Baharu