fb fb fb fb fb

PM ucap tahniah atas kemenangan BN di Johor

(FOTO FB PM)

JOHOR BAHRU, 13 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas kemenangan pada PRU Dewan Negeri Johor.

Ia dizahirkan melalui hantaran di laman Facebook beliau.

Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO menzahirkan ucapan terima kasih kepada para pengundi, kepimpinan, jentera dan petugas yang bekerja keras bagi memastikan kemenangan BN pada pilihan raya ini.

Jelas beliau, ini masa untuk Kestabilan Masa Depan Rakyat Johor.

Sebanyak 56 kerusi Dewan Negeri dipertandingkan pada PRU Dewan Negeri Johor kali ini.

Dewan Negeri Johor dibubarkan pada 22 Januari lepas.

Manakala penamaan calon diadakan pada 26 Februari.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu