fb fb fb fb fb

BN peroleh majoriti lebih 50% setakat 11.00 malam

(Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh)

JOHOR BAHRU, 12 Mac - Barisan Nasional (BN) kembali mendapat mandat rakyat untuk menubuhkan kerajaan negeri Johor selepas memenangi PRU Dewan Negeri Johor ke-15.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh berkata BN memperoleh majoriti melebihi 50%.

"Bagi keseluruhan pengundian sehingga pukul 11.05 minit malam, BN telah memenangi sejumlah 29 daripada 56 kerusi yang diperuntukkan.

"Dengan ini BN telah berjaya memperolehi satu majoriti melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan kerusi yang dipertandingkan," katanya dalam sidang media di SPR Command Centre, di sini malam ini.

Ghani dalam pada itu, berpuas hati dengan kelancaran proses pengundian hari ini.

"Hari ini proses pengundian telah berjalan dengan baik dengan baik dan lancar," katanya.

(FOTO BERNAMA)

Media Baharu