fb fb fb fb fb

Hasni pertahan kerusi DUN Benut

JOHOR BAHRU, 12 Mac - Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad sah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Benut selepas memperoleh 10,896 undi.

Berdasarkan keputusan rasmi diumumkan SPR kira-kira 10.00 malam ini, Hasni yang mewakili BN menang dengan majoriti 5,859 undi selepas kesemua undi di 54 saluran selesai dikira.

(Hasni mengundi di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Raja, Pekan Nanas, hari ini)

Bagi calon lawan, Senator Datuk Isa Ab Hamid daripada Perikatan Nasional (PN) mendapat 5,037 undi.

Manakala calon PRK, Haniff@Ghazali Hosman dengan 1,200 undi dan PEJUANG, Iskandar Noor Ibrahim hanya memperoleh 139 undi.

Menerusi keputusan tidak rasmi, Barisan Nasional (BN) juga menang di kerusi Kukup apabila calonnya, Datuk Jefridin Atan memperoleh 11,592 undi dengan majoriti 8,063.

BN kemudiannya meneruskan rentak kemenangan di kerusi Tenang.  Calonnya, Haslinda Salleh memperoleh 5,344 undi dengan majoriti 1,706 undi.

Sementara itu, keputusan tidak rasmi di kerusi Parit Raja, calon BN, Nor Rashidah Ramli memperoleh 10,637 undi.  Beliau menang dengan majoriti 4,223 undi.

Calon BN, R. Vidyananthan pula menang di Dewan negeri Kahang. Menerusi keputusan tidak rasmi, beliau memperoleh 10,486 undi dengan majoriti 6,698.

Bagi Dewan Negeri Layang-Layang, calon BN, Abd Mutalip Abd Rahim memperoleh 7,772-undi. Beliau menang dengan majoriti undi sebanyak 3,016.

Media Baharu