fb fb fb fb fb

PM serahkan pada SPR bagi pengundian DUN Tioman

BERA, 19 November- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyerahkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dalam menentukan sama ada meneruskan atau menangguhkan pengundian di Dewan Negeri (DN) Tioman yang calonnya meninggal dunia pagi tadi.

Beliau turut mengucapkan takziah kepada keluarga calon tersebut.


(Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai mengundi 10.30 pagi tadi)

"Kita serahkan kepada SPR dalam menentukan sama ada meneruskan pilihan raya tanpa Allahyarham, atau tiada pengundian di DUN Tioman atau pun menetapkan tarikh baharu seperti yang dilakukan di Padang Serai. Jadi kita serahkan semuanya kepada SPR," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir mengundi bersama isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin di SMK Bandar Kerayong, di sini.

Calon daripada Perikatan Nasional, Md Yunus Ramli telah meninggal dunia pada 3.30 pagi tadi.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Rompin akibat komplikasi jantung selain darah tinggi dan kencing manis.

Pada Oktober lalu, Allahyarham pernah dirawat di hospital sama kerana mengalami serangan jantung.

Media Baharu