fb fb fb fb fb

PM mahu kempen PRK Kuala Kubu Baharu dijalankan secara sihat

Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin

HULU SELANGOR, 29 April - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berpesan supaya kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu dijalankan secara sihat.

Selain itu Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Shamsul Iskandar Mohd Akin memaklumkan Perdana Menteri juga mahu setiap jentera perlu bersungguh-sungguh dalam menjelaskan fakta kepada rakyat terutama berhubung pencapaian Kerajaan Perpaduan.

"Perdana Menteri berada di Riyadh sekarang ini dan tentunya beliau juga meminta supaya kempen dimulakan dengan bersungguh-sungguh untuk memberikan fakta yang sebenar dan pencapaian kerajaan perpaduan.

"Kita mahu elakkan kempen ini daripada kempen fitnah, kempen memburukkan personaliti dan juga mengambil sikap melakukan penyelewengan fakta dan provokasi antara kaum. Biarlah ia menjadi satu kempen yang sihat," Shamsul menyampaikan perkara itu dalam sidang media Pengarah JPRN Parti Keadilan Rakyat Negeri Selangor, di sini.

Tambah beliau, PRK Kuala Kubu Baharu ini pertama kali diadakan di Selangor telah menyaksikan kerjasama baik antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.

TETITIA YUSOFF