fb fb fb fb fb

Persiapan PRK Mahkota lancar

Pusat penjumlahan undi di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Kluang

KLUANG, 27 September- Persiapan hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri (DUN) Mahkota yang akan diadakan esok berjalan lancar.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Ikmalrudin Ishak memaklumkan, seramai 1,126 petugas digerakkan bagi membantu proses PRK berkenaan.

"Antara semakan yang dilaksanakan termasuklah borang dan dokumen berkaitan, bekalan dakwat serta kertas undi.

"Seramai 1,126 petugas digerakkan bagi membantu perjalanan proses pengundiaan," katanya kepada pemberita selepas meninjau persediaan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, di sini.

Dalam pada itu Ikmalrudin turut mengingatkan pengundi agar membawa kad pengenalan dan menyemak pusat dan saluran mengundi sebelum ke pusat pengundian bagi kelancaran proses mengundi.

PRK Mahkota menyaksikan saingan 'satu lawan satu' antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.

PRK Mahkota melibatkan 66,318 pengundi berdaftar, dengan 61,397 daripadanya akan melaksanakan tanggungjawab itu esok.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI