fb fb fb fb fb

Perdana Menteri sertai Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia

BERA, 17 November - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri menyertai ratusan jemaah di Masjid Darul Fikri untuk menunaikan solat hajat serta berzikir bersempena Program Solat Hajat Perdana Keluarga Malaysia di sini malam Khamis.

Ismail Sabri yang juga calon BN Parlimen Bera lengkap berbaju Melayu berwarna biru itu tiba kira-kira pukul 8.15 malam.

Perdana Menteri seterusnya menyertai jemaah menunaikan solat Isyak dan solat sunat hajat yang diimamkan Imam satu Masjid Darul Fikri, Ahmad Hakim Samsudin.

Terdahulu jemaah masjid turut menyertai majlis bacaan Yassin dan tahlil ringkas serta zikir munajat.

Program Solat Hajat itu bagi memohon pelindungan ALLAH SWT agar dijauhkan bala bencana dan wabak penyakit, selain memohon doa bagi kelancaran proses Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) serta memohon keharmonian dan keamanan negara kekal terpelihara.

Ismail Sabri turut meluangkan masa menyantuni jemaah dan meninggalkan masjid pada pukul 9.10 malam

Media Baharu