(Tan Sri Annuar bergambar bersama warga kerja Pertubuhan Berita Nasional Malaysia semasa
majlis Sekalung Budi MenKOMM di Kementerian Komunikasi dan Multimedia/BERNAMA)
PUTRAJAYA, 17 November- Semua pihak diminta berkerjasama dengan pengamal media bagi memudahkan proses pengundian dalam Pilihan Raya Umum ke-15 Sabtu ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Ini bagi memastikan rakyat mendapat laporan terkini berkaitan PRU15 dengan tepat dan cepat.
"Semua petugas media melalui suasana mencabar. Pertama cuaca yang lembap, kedua kempen semua pihak yang bertanding.
"Kena buat liputan dan pada hari mengundi untuk kumpul perjumlahan undi hingga ke peringkat keputusan. Saya ucapkan selamat bertugas kepada semua media daripada agensi berita," kata Annuar selepas menghadiri Majlis Sekalung Budi MenKOMM di sini.
(Tan Sri Annuar berkata kerjasama dengan pengamal media mudahkan proses pengundian)