fb fb fb fb fb

Peniaga kecil terima manfaat rezeki PRU

(Antara gerai yang diusahakan anak-anak nelayan)

BAYAN LEPAS, 10 November- Selain musim perayaan atau cuti umum dan cuti sekolah, PRU15 juga menjadi sandaran kepada usahawan kecil menjana pendapatan sambilan dan berlebihan daripada biasa.

Tidak terkecuali, Pulau Pinang, yang terkenal dengan jolokan ‘syurga makanan’.

Jelas, musim pilihan raya kali ini memberi peluang kepada peniaga-peniaga kecil untuk menjana pendapatan lebih berbanding waktu biasa.

"Saya dari komuniti nelayan, kami buat perniagaan hanya untuk anak-anak nelayan, tetapi dalam tempoh pilihan raya ni rezek Alhamdulillah banyak tempahan dari luar untuk pondok-pondok panas, ada tempahan banyak, harap-harap ia akan berterusan," kata Rosli Yusof, nelayan dan usahawan makanan.


(Rosli Yusof, nelayan dan usahawan makanan)


Sementara itu bagi Ishak Mohd Ali, tempahan yang diterimanya semakin bertambah dalam tempoh musim PRU kali ini.

"Kadang-kadang tempah sampai 200 hingga 300 ratus bungkus, jadi saya rasa mungkin disebabkan kemeriahan sambut pilihanraya,"katanya.

Rata-rata usahawan kecil di negeri Pulau Pinang mendapati limpahan rezeki tidak hanya terhad daripada pekerja dan penyokong parti, malah kehadiran orang luar yang sekadar ingin meninjau perkembangan kempen di sesuatu kawasan juga menjadikan perniagaan kecil seolah-olah lubuk rezeki kepada golongan ini yang kebanyakannya terdiri daripada warga emas.


(Ishak Mohd Ali, pengusaha restoran)


(Tempahan semakin bertambah ketika musim pilhan raya)

Media Baharu