fb fb fb fb fb

Pengundian awal PRK Kemaman selesai

Ketiga-tiga pengundi awal PRK Kemaman selesai melunaskan tanggunggajawab di Balai Polis Kijal

KEMAMAN, 28 November- Proses Pengundian awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman selesai dengan hanya melibatkan tiga orang pengundi sahaja.

Masing-masing merupakan pasangan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kesemua mereka melunaskan tanggungjawab tersebut di pusat mengundi Balai Polis Kijal pagi tadi.

Proses kali ini turut diperhatikan oleh agen calon serta pemerhati yang dilantik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI