fb fb fb fb fb

Pengamal media masih menunggu tiga pengundi awal

Dua pengundi awal selesai melunaskan tanggungjawab di Balai Polis Kijal

KEMAMAN, 28 November- Dua daripada tiga pengundi awal bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Pengamal sudah melunaskan tanggungjawabnya di  Balai Polis Kijal, Chukai.

Mereka terdiri daripada pasangan-pasangan Anggota dan Pegawai Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Sebelum ini seramai 387 anggota dan pegawai polis serta enam anggota dan pegawai ATM diarahkan mengundi secara pos 23 dan 24 November lalu.

Terdahulu pihak polis dan tentera menukar kaedah mengundi dari mengundi awal kepada mengundi secara pos bagi memberi tumpuan penuh kepada tugasan musim banjir

PRK Kemaman yang ditetapkan 2 Disember depan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan calon PAS Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang juga Menteri besar Terengganu.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI