fb fb fb fb fb

Pengundi kekal pilih P. Prabakaran teraju Parlimen Batu

Foto FB Prabakaran

KUALA LUMPUR, 20 November - Calon Pakatan Harapan (PH), Prabakaran Parameswaran berjaya mempertahankan kerusinya di Parlimen Batu (P.115) dengan jumlah keseluruhan undi, 45,716.

Prabakaran mencatatkan majoriti sebanyak 22,241 undi untuk menundukkan sembilan calon lain.

Wakil Perikatan Nasional (PN), Ustaz Azhar Yahya mendapat 23,475 undi, calon Barisan Nasional (BN), A. Kohilan Pillay pula meraih 10,398 undi dan calon kembali bertanding (Bebas), Tian Chua menerima 4,603 undi.

Calon Pejuang, Parti Rakyat Malaysia dan wakil calon Borneo daripada Parti Warisan Sabah masing-masing mendapat 849, 137 dan 575 undi.

Calon sensasi mewakili Bebas, Siti Kasim mendapat 653 undi manakala 628 undi untuk Nur Fathiah Syazwana @ Cleo serta Too Gao Lan, 112 undi.

Parlimen Batu merekodkan penyertaan pertandingan tertinggi dalam PRU15 kali ini dengan 10 penjuru.

Pemilih berdaftar yang mengambil bahagian dalam Parlimen Batu(P.115) adalah seramai 113,863.

Terdahulu, Prabakaran Parameswaran merupakan penyandang bagi Parlimen Batu pada PRU14 dengan majoriti 24,438 sebagai wakil calon Bebas.


(Foto FB Prabakaran)

Media Baharu