fb fb fb fb fb

Nurul Izzah tewas di Permatang Pauh

( FB Nurul Izzah Anwar)

PERMATANG PAUH, 20 November- Penyandang Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar gagal mempertahankan kerusi itu apabila tewas kepada calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Fawwaz Mohd. Jan dengan majoriti 5,272 undi.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) itu memperoleh 32,366 undi, manakala Muhammad Fawwaz mendapat 37,638 undi.

Calon Barisan Nasional, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pula mendapat 16,971 undi dan calon Parti Pejuang Tanah Air PEJUANG, Mohd Nasir Othman mendapat 473 undi.

Pengumuman dibuat Pegawai Pengurus Pilihan Raya P044 Permatang Pauh, Muzkhairil Muhamad.

Dalam PRU14, Nurul Izzah yang mewakili PKR menang dengan majoriti 15,668 undi selepas memperoleh 35,634 undi menewaskan calon BN, Mohd Zaidi 19,886 undi dan Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudeen 14,428 undi.

(Penyandang Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar gagal mempertahankan kerusi itu
apabila tewas kepada calon PN, Muhammad Fawwaz Mohd. Jan dengan majoriti 5,272 undi)

Media Baharu