fb fb fb fb fb

Pengumuman keputusan PRK Kuala Kubu Baharu dijangka seawal 9 malam

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom

KUALA KUBU BAHARU, 11 Mei - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan keputusan rasmi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu akan diumum seawal pukul 9 malam nanti.

Timbalan Pengerusinya Dr Azmi Sharom berkata, jangkaan itu berdasarkan kepada perjalanan proses pengundian yang lancar dan teratur.

"Selepas tutup pusat undi. Diharapkan dalam pukul 9.00 kita jangka cepatlah, dalam pukul 9.00 lebihlah," kata Dr Azmi.

Beliau ditemui semasa meninjau Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu, di sini.

TETITIA YUSOFF