fb fb fb fb fb

PRK KKB: SPR puas hati proses pengundian berjalan lancar

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berpuas hati dengan proses pengundian PRK KKB yang disifatkan lancar/ Foto RTM

HULU SELANGOR, 11 Mei - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil N.06 Kuala Kubu Baharu pagi tadi, berjalan lancar.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Dr Azmi Sharom berkata beliau berpuas hati dengan proses pengundian dan reaksi yang diterima daripada pengundi juga memberangsangkan.

"Setakat ini semua berjalan dengan lancar, dengan aman. Saya tidak lihat apa-apa masalah. Akses untuk warga emas dan OKU juga bagus. Semua tempat yang saya lawat, setakat ini semuanya baik", kata Azmi yang ditemui semasa meninjau Pusat Mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Kubu Baharu.

SEMBESTKU, merekodkan seramai 3,909 pemilih yang akan menunaikan tanggungjawab menerusi enam saluran.

Pilihan Raya Kecil Dewan Negeri Kuala Kubu Baharu menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon PERIKATAN NASIONAL (PN), Khairul Azhari Saut; calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao; calon Parti Rakyat Malaysia (PRM), Hafizah Zainudin; dan calon Bebas, Nyau Ke Xin.

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac 2024 akibat kanser.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD