fb fb fb fb fb

Pengamal media dibenar masuk perkarangan kediaman pengerusi PH

KAJANG, 22 November- Pengamal media yang berkumpul seawal pukul 7.00 pagi tadi di kawasan kediaman Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sg.Long Kajang,Selangor sudah dibenar memasuki kawasan perkarangan.

Turut kelihatan kenderaan BMW yang kebiasaan membawa presiden PKR itu mula memasuki kediaman Datuk Seri Anwar Ibrahim sekitar pukul 9:25 pagi.

Difahamkan hari ini Anwar akan ke Istana Negara namun masa sebenar belum dipastikan.

Media Baharu