fb fb fb fb fb

Pengamal media berkumpul di perkarangan kediaman TSMY

BUKIT DAMANSARA, 22 November- Pengamal media berkumpul di perkarangan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara seawal pukul 8.00 pagi.

Setakat ini, belum ada pergerakan keluar masuk oleh Pengerusi PN itu dan pihak media terus menanti bagi mendapatkan perkembangan semasa politik negara.

Tumpuan dialihkan ke lokasi ini selepas Muhyiddin membuat rundingan dengan ketua-ketua parti politik bagi membentuk kerajaan persekutuan.

Semalam, Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam kenyataannya memaklumkan Perikatan Nasional telah mengemukakan lebih 112 surat akuan berkanun daripada Ahli Dewan Rakyat yang memberi kepercayaan kepada Ahli Parlimen Pagoh untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-10.

(Pengamal media berkumpul di perkarangan kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN),
Tan Sri Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara seawal pukul 8.00 pagi)

Media Baharu