KAJANG, 22 November- Pengamal media mula berkumpul di hadapan kediaman Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim di Sg. Long Kajang, Selangor seawal 7.00 pagi.
Namun pihak media tidak dibenarkan memasuki perkarangan kediaman beliau, hanya dibenarkan berada di pondok pengawal.
Hasil tinjauan media yang tiba awal di kawasan tersebut mendapati kenderaan yang kebiasaannya membawa Anwar juga tidak kelihatan.
Kawasan persekitaran lengang dan ini mencetuskan pertanyaan mengenai keberadaan beliau ketika ini.
Semalam Anwar telah menghadiri perjumpaan bersama Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Hotel Seri Pacific namun belum ada sebarang keputusan atau kata sepakat yang jelas dikeluarkan atau dihebahkan kepada umum setakat awal pagi ini.
(Kediaman Pengerusi PH terus jadi tumpuan media)