fb fb fb fb fb

Hanya MT boleh tentukan pembentukan kerajaan dengan PH

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 21 November- Hanya Majlis Tertinggi (MT) Barisan Nasional (BN) boleh membuat keputusan berhubung pembentukan kerajaan campuran dengan Pakatan Harapan (PH).

Perkara itu dijelaskan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya Presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan biro politik, tidak mempunyai hak untuk memutuskan perkara tersebut.

Beliau mengulas mengenai rundingan antara BN dengan PH untuk membentuk Kerajaan Persekutuan.


(Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob)

"Parti perlu membuat keputusan. Parti bermakna Majlis Tertinggi (MT), bukannya individu. Presiden tiada hak. Semalam ada Mesyuarat Biro Politik dan Biro politik juga tiada hak.

"Parti hanya dua sahaja. Dengan ketiadaan PAU, MT sahaja boleh membuat keputusan. Kalau melibatkan BN kita bertanding bukan atas UMNO, sebaliknya BN. Mesti keputusan Majlis Tertinggi BN. Jika perkara ini tidak dilakukan, sesiapa sahaja buat keputusan, tidak sah lah", katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri ditemui media di perkarangan sebuah hotel di ibu negara.

Ahli Parlimen Bera itu bersama beberapa kepimpinan BN berkumpul pagi tadi, dipercayai bagi mengadakan pertemuan dengan wakil PH untuk membincangkan mengenai pembentukan kerajaan campuran.

Media Baharu