(FOTO BERNAMA)
KUALA LUMPUR, 21 November- Rakyat kini semakin celik dalam usaha mewujudkan sebuah kerajaan yang dapat memenuhi aspirasi rakyat dan negara.
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) jelas menunjukkan suara rakyat yang menuntut pemerintahan bebas rasuah, berwibawa serta mampu mengekalkan keharmonian dan kestabilan sosiopolitik.
Justeru keputusan PRU15 ini, merupakan satu ekspresi dan harapan rakyat yang perlu diambil kira dalam pembentukan kerajaan baharu.
"Dan ia juga saya boleh kata satu perubahan, paradigma demokrasi dalam negara," menurut Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM, Azila Ayob.
"Kerajaan kena berhati-hati lepas ini...maksudnya perlu buat kerja dengan baik, perlu menunaikan janji mereka untuk mendapatkan politik yang stabil, ekonomi yang makmur dan perpaduan satu-satunya aspek yang saya nampak perlu
dipertingkatkan," tambahnya.
(Azila Ayob)
Azila ditemui selepas menjadi tetamu program terbitan RTM di Angkasapuri.