fb fb fb fb fb

Pasca PRU15: GPS serah kebijaksanaan Agong lantik PM baharu

(Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS),
Tan Sri Abang Johari Tun Openg/FOTO BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 22 November - Gabungan Parti Sarawak (GPS) menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk melantik Perdana Menteri baharu yang kukuh bagi mentadbir negara.

Pejabat Premier Sarawak menerusi kenyataan ia berdasarkan kemelut politik di Semenanjung Malaysia.

"GPS menegaskan bahawa kepentingan negara adalah lebih diutamakan dan penubuhan kerajaan yang stabil mengambil kira kepentingan rakyat dan negara melebihi kepentingan peribadi," kata kenyataan itu.

GPS turut berpendirian bahawa mandat rakyat hendaklah dihormati.

“Oleh itu, GPS menyerahkan kepada kebijaksanaan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong mengikut kuasa yang diperuntukan kepada Baginda dalam Perlembagaan Malaysia untuk melantik Perdana Menteri yang akan mengetuai kerajaan yang kukuh untuk mentadbir negara," katanya lagi.

(FOTO BERNAMA)

Tambah kenyataan itu lagi, GPS kekal dengan pendirian dengan cadangan untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan daripada gabungan yang terdiri daripada Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan GPS.

Gabungan itu mewakili kerangkuman masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.

Media Baharu